Islamic Widget

Followers......

Friday, October 28, 2011

LAKSA KEDAH (MY STYLE)

salam ya....apakabar semua...inilah kali pertama buat laksa sejak dok asing dr mak....bak kata yg tepat tu...semenjak bergelar seorang isteri.....hehehe....laksa ni dh lama beli dok tersepok kt dapur tu...x jd2 nk buat...br skrg  terbuat..hihihi....ini style yg ema selalu buat...tp, pucuk2 kayu xada la mcm kt kg tu...boleh letak pucuk janggus/gajus,pucuk putat, pucuk samak, pucuk selom, bunga kantan...hmmm mcm2 pucuk yg kelat sedikit....bahan2 asasnya tetap sama.....jom kita tengok......




Laksa yg disirami kuah.....x nampak sudah telur n limau.... :)

resepinya nnt ema bg yer....mlm ni nak upload gambar jer dl....

OK NIH RESEPINYER.....

RESEPI LAKSA KEDAH

Bahan- bahan 
  • Laksa Eka - 1 bungkus- direbus hingga lembut
  • air utk merebus
Bahan2 untuk Kuah Laksa
  • 1 kg ikan temenung/kembung - boleh juga gn ikan sardin - (dibersihkan)
  •  15 keping asam gelugur @ asam keping
  • 2 kuntum bunga kantan - di belah 2 @ 4 ( ema blh 4 bhgn)
  •  daun kesom/cenehom - agak2 segenggam (patah2kan..ambil yg lembut jer >pucuk kesom)
  •  *2 biji bawang besar-dikisar
  •  *8 ulas bawang merah-dikisar
  • *20 tangkai cili kering-dikisar
  • *2 inchi belacan -dikisar
  • garam secukup rasa
  • boleh jg letak penambah rasa ajinomoto (ema x letak)
  • air untuk merebus ikan n kuah laksa
 Bahan Hiasan (Tabur Atas Laksa) - klu  x ada x ummmp... ;)
  • 5 biji telur ayam - direbus - di belah 2@4
  • 1 biji timun - dihiris halus memanjang/potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 kuntum bunga kantan - potong kecik2
  • 1 ikat daun selom - dipotong kecil2
  • 10 tangkai cili padi - dipotong kecil2
  • 6 biji limau kasturi - dibelah 2
Cara Masak
  1. Laksa : Seeloknya rendam dahulu laksa bersama air selama 2-3 jam utk melembutkan laksa n mempercepatkan proses merebus laksa nnt. Rebus laksa sehingga lambut. Angkat n basuh dgn air sejuk. Toskan laksa.
  2. Kuah Laksa :  
  • Rebus ikan yg telah di bersihkan bersama 2 cawan air. Masukkan asam keping n sedikit garam. Bila ikan dh masak, matikan api. Asingkan isi ika n tulang n jg asam keping.Air rebusan ikan akan diguna semula utk membuat kuah laksa n jg untuk mengisar. Kisar isi ikan  n masukkan dlm periuk. kmdn, kisar tulang n kepala ikan, tapis masuk dlm periuk..tapis sehingga tulang itu bersih. Buang tulang yg d kisar.
  • kmdn, kisar bahan yg bertanda (*) n masukkan ke dalam periuk. masukkan semula asam keping rebusan ikan td ke dalam periuk (boleh tambah lg dlm 2-5 keping jika perlu). Pastikan kuah anda cukup utk laksa. Masak sehingga mendidih. kmdn masukkan bunga kantan n daun kesom kedalam kuah. masak dgn api perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam. Bilah kuah dh pekat n sempurna rasanya, tutuplah api.
Kmdn, hidangkanlah laksa anda. Masukkan laksa dlm pinggan/mangkuk, taburkan bahan2 hirisan, telur n limau nipis. Kmdn tuang kuah laksa d atas...............n selamat menjamu selera....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...