Islamic Widget

Followers......

Tuesday, December 13, 2011

NASI GORENG vs AYAM STIM BLACK PEPPER

Salam....waduh3...panjang bebenor nama menu aku....x tahu nak letak nama apa....ni menu hari yg agak malas....just masak nasi goreng n makan dgn ayam black pepper masak stim.....simple.....hubby kata xpe ok je mkn mcm ni pn....n sedap gak stim kan ayam ni....x penah buat sblm ni....jom tengok resepi ayam ni....


 Nasi Goreng Biasa

RESEPI NASI GORENG
Bahan-bahan
  • 2  cawan nasi
  • 1 biji telur
  • 1 biji bwg besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • segenggam ikan bilis ( separuh ditumbuk bersama bawang & separuh lg di goreng dahulu dan ketepikan)
  • 6 tangkai cili padi (potong kecil2-boleh jg ditumbuk bersama bawang)
  • Garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng nasi
Cara-cara

  1.  Gaulkan nasi dgn garam terlebih dahulu. Agak2 la jgn masin sgt. Atau boleh masukkan garam dalam gorengan nasi nnt. ikut suka.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dahulu. Angkat dan ketepikan.
  3. Kmdn, masukkan bahan yg d tumbuk tadi kedalam minyak panas tadi. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  4. Then, pecahkan telur dalam kuali n kacau2. masukkan cili padi n kacau lg. Kalau x gaul garam dgn nasi lg, boleh letak garam masa ni n kacau biar sebati.
  5. Kmdn. barulah masukkan nasi. Kacau rata biar sebati dgn semua bahan ya.Kmdn, masukkan ikan bilis yg telah digoeng tadi. kacau rata. Ema suka masak biar nasi tu garing sedikit. Gunakan api yg perlahan. Bila dh masak dan rasa pn dh ok tutuplah api. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda ataupun makan macam tu jer.
  6. SELAMAT MENCUBA...

ni lah rupa ayam masak stim ema...bau harum jer bila buka  tudung kukus ni...

ayam yg sdg d stim




RESEPI AYAM STIM BLACK PEPPER

Bahan-bahan
  • *4 ketul ayam - di buang tulang -digaul dgn sedikit garam
  • *2 sb sos tiram
  • *2 sb sos kicap pedas
  • *2 sb kicap manis
  • *10-15 biji lada hitam - ditumbuk halus
  • 2 cm halia - hiris nipis
  • 2 helai daun limau purut - gunting kecil2
  • 5 biji cili padi
  • 5 batang kacang buncis -dipotong 2- ema letak bawah ayam- mixed dgn sayur ape pn xpe
Cara-cara

  1. Satukan semua bahan yg bertanda * . Gaul rata. Perap ayam dalam 1 jam.
  2. Kmdn, dlm bekas lain, (ema gn mangkuk di atas) susun kacang buncis dalam mangkuk. Kmdn letakkan ayam di atas kacang tersebut.
  3. kmdn, masukkan kesemua bahan untuk tabur atas spt halia, daun limau, cili padi dn boleh juga letak sayuran lain yg anda suka.
  4. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. kmdn masukkan ayam td dlm periuk pengukus. Masak dengn api sederhana selama 30 minit.
  5. Bila ayam dh masak. Tutup api n hidangkan bersama nasi goreng atau nasi putih.

SAMBAL TOMATO AYAM

Salam semua....actually menu ni yg lunch ema ntah hari apa tp br nak update...maaflah kerana kemalasanku telah melanda....kakakakakah....apapun jom lah tengok resipi dulu....tp sedap gak masak macam ni...masam2 sikit...ala2 ayam masak merah rupa dia....HAHAHA....masuk bakul angkat sendiri nih....



RESEPI SAMBAL TOMATO AYAM

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg telah d potong - goreng dulu dgn garam n kunyit
  •  1 biji tomato- dipotong dadu
  • 2 sb pati santan
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air panas utk kuah
  • minyak utk menumis
 bahan tumis :-
  • 1 biji bwg putih -hiris halus
  • 2 biji bwg merah -hiris halus
  • 1/2 biji bwg besar - hiris besar
  • 2 inchi halia-hiris nipis
bahan kisar halus :-
  • *2 bj bawang putih -di kisar
  • *5 bj bawang merah-dikisar
  • *1/2 biji bawang besar-dikisar
  • *4 sb cili kering yg dikisar (ema dh siap kisar byk2)

Cara-cara :-
  1. Goreng ayam dulu n ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis semua bahan2 tumis sehingga naik bau n kekuningan. 
  3. Kmdn, masukkan bahan2 yg telah di kisar halus. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih n pecah minyak. 
  4. Kmdn masukkan hirisan tomato dan kacau rata. Bila dah sebati masukkan sedikit air panas sebagai kuah. Kacau lagi biar sekata.
  5. Kmdn masukkan ayam yg telah di goreng tadi. kacau biar sebati dgn kuah. Masak dgn api yg perlahan.
  6. Kmdn, masukkan pati santan, garam n gula. Ayam dh masin. Hati2 letak garam. Perasakan ikut citarasa masing-masing. Kacau rata. Masak sehingga kuah pekat dan sebati dgn ayam. Biar ada kuah sikit2. Tutup api.
  7. Angkat dn hidangkan. Makan dgn nasi putih.

Monday, December 12, 2011

JAGUNG MANIS

Hai semua...ini menu simple yg ema suka makan n suka sgt buat ....resepi nya sangat mudah....sweet corn ni kita selalu jumpa kat pasar malam atau pn kat RnR kan....rm2.50 1 cup...bila jer berenti kat RnR masa nak balik kg tu mesti ema beli....sedap klu dpt mkn dlm keta tu....hehehehe....jom tengok resipi ni....





 RESEPI JAGUNG MANIS
 
Bahan-bahannya 
  • 1 cwn jagung - ambil isinya shj
  • 1/2 sb marjerin
  • 2 sb susu pekat manis
  • secubit garam
  • sedikit air untuk merebus jagung
Cara-cara
  1. rebus jagung shingga mendidih n kering air. Tos kan air sebentar. 
  2. Kmdn, gaul jagung tadi masa panas2 bersama marjerin, susu pekat manis dan garam. Kacau rata. Rasa dulu n adjust mn yg kurang ya.
  3. hidangkan. selamat mencuba yer.

ROTI SOSEJ BERKEJU

salam n selamat sejahtera semua...hari ni br dpt nk upload menu yg tertunggak ntah hari apa....tapi ini menu minum petang ema.....jom semak resipi...resipi asal dr dapur hana family....best roti ni jom cuba...minta izin cnp yer kak hana...



 
 RESEPI ROTI SOSEJ BERKEJU
Sumber : Hana Family

Bahan-bahan
  • 3 keping roti - ema buat 6 keping roti
  • 3 ketul sosej - rebus/goreng dulu -ema rebus dulu 6 ketul sosej
  • 3 slice cheese -ema gn hirisan mozarella cheese jer
  • UTK SALUT
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji telur
  • garam
  • air
  • myk utk menggoreng
***bancuhan tepung ni cukup untuk menggoreng 6 kpg roti.
 
Cara-cara
  • bancuh tepung, telur, air, dan sedikit garam hingga agak2 pekat.jgn cair sgt. ketepikan. gelek roti sampai penyek.
  • letak slice cheese. kemudian sosej. gulung kemas n lekatkan yg hujung tuh dengan adunan tepung tadi.
  • bila minyak dah panas, celup roti ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
  • makan panas2 masa keju tgh meleleh! sedap juga cicah ngan cili sos @ mayonis jika suka.





ROTI TELUR SPECIAL

salam...menu ni adalah untuk minum petang ema n hubby...cedok kat dapur Cik Mat kita....jom tengok resipi.... tima kasih Cik Mat Gebu yer....memang sodap resepi nih....mintak izin CnP ye....





 RESEPI ROTI TELUR SPECIAL
Sumber :- Dapur Tanpa Sempadan (Mat Gebu)




 BAHAN-BAHANNYA
2 keping roti whole wheat (mat beli jenis roti pound dan hiris 1 inci tebal) -ema pn sama
2 biji telur
2 camca besar susu segar
2 sudu besar isi ayam yg di cincang halus (yang ni ema tambah)
2 batang jejari ketam, hiris halus ( ema ganti dengan 2 btg sosej ayam)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil (ema gn bwg bsr biasa jer)
3 pokok kuchai, hiris halus
Secubit garam
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
Minyak zaitun untuk menggoreng (ema guna minyak bunga matahari)
Sos pilihan (mat guna sos seribu pulau @ thousand island) ( ema letak sos cili jg)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos seribu pulau dan roti. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Alih bancuhan telur tadi dalam bekas besar sedikit.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak zaitun dalam non-stick pan. Ambil 1 keping roti, celop ke dua2 bahagian roti tadi dalam telur, letak dalam pan. Ceduk sebahagian 1/2 bahagian bahan dalam telur tadi dan letak atas roti, ratakan. Bila bahagian bawah kelihatan garing, berhati2 terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi garing, angkat dan toskan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki roti dan bancuhan telur tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...hidangkan panas....Selamat mencuba..

Friday, October 28, 2011

BEBOLA ROTI GORENG

salam tengah malam...ini menu perut menyanyi d tengah malam....terpaksa merajinkan diri....dok intai2 dapur kak hana ...jumpa lah resepi yg sempoi ni....tima kasih kak hana....n tuan asal resepi ni lizahanum.....mintak izin cnp yer....tq..





 RESEPI BEBOLA ROTI  GORENG

Bahan-Bahan
  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)-ema pn ramas jgk...hihihi
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

DONUT

salam....apahabaq semua....hehehe...ada org kedah dak ni....hmmm kali ni nak share donut lak....donut ni resepi asal adalah Donut Suria....resepi d intai dr dapur kak hana....selalu tengok kak hana ni publish donut jer...terliur ema...so, nak gak try resepi ni....dh byk kali buat...mmg resepi ni jd....kali ni teringin nak publish jgk lah...hihihihi....jd tak...jom tengok wlu pn x lawa.....kahkahkahkah....mintak share resepi yer kak hana n pn suria....tq..


 ini donut terlebih salut gula...klu suka manis tu ok la...lain kali ema nk letak gula sikit2 jer....x suka manis sgt...biarpun rupa donut ku hodoh...tp sedap d makan....lemmmmmbutttttt......gitu.....


RESEPI DONUT 

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi  > ema pn suka...hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.(ema x tambah pn)
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...