Islamic Widget

Followers......

Thursday, July 21, 2011

SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Salam semua...apakhabar...sory lah dh bersawang dh dapur ema ni...malas betul nk updated.... menu ni dh lama dh..tp baru nak add kat sini...hehehehe...menu simple jer....malu nak masukkn...menu blogger lain semua gempak2...lebih2 lg klu pg intai dapur DTS, HSH, Hana....n byk lg yg dh pro dlm masak memasak ni...emmm ini lah menu ema ntah hari apa...menu lunch ema dgn hubby....


Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan
  • sayur kangkung - 1 ikat (di potong kecil ambil daun n batang yg lembut)
  • bawang besar - 1 biji (hiris nipis)
  • *bwg putih - 2 biji
  • *bwg merah - 3 biji
  • *ikan bilis - agak2 sejemput..
  • *cili padi - 6 tangkai
  • *belacan - 2cm
  • (tumbuk semua bahan bertanda *  -ikan bilis separa lumat)
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air
Cara Masak
  1. panaskan minyak. Tumis bahan yg di tumbuk tadi. bila naik bau masukkan sedikit air utk kuah. kacau biar sebati sehingga mendidih. Perasakan dengan garam.
  2. Kemudian masukkan sayur kangkung dan  bawang besar yg di hiris nipis. kacau lagi.
  3. Kacau beberapa minit biar sebati n kangkung layu.
  4. Angkat n hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...