Islamic Widget

Followers......

Saturday, March 12, 2011

Cucur Ikan Bilis Vs Carrot

Salam semua...apakhabar...malam ni ema ada sedikit kelapangan...so, bolehlah ema update dapur ema ni...semua nya dh back dated...dah makan...dah habis dah dalam perut ni...hehehe...



 RESEPI CUCUR IKAN BILIS vs CARROT

Bahan-bahan
  • *tepung gandum - 2 cawan
  • *ikan bilis - segenggam
  • *cili kering - 3 tangkai (gunting pendek2)
  • *carrot - 1 btg kecil (sagat halus2/potong rincis halus2)
  • *bawang besar - 1 bj (potong dadu)
  • **serbuk kunyit - 1 sk
  • **gula - 1sk
  • **garam - agak2 (1-2 sk)
  • **air - untuk bancuh tepung (sedikit air panas suam)
  • minyak untuk menggoreng
 Cara Masak
  1. Masukkan semua bahan yg bertanda (*). Gaul rata. 
  2. Satukan bahan yang bertanda (**). Kacau. 
  3. Masukkan bahan (**) yang telah di satukan ke dalam bahan (*) tadi.
  4. Gaul @ kacau hingga sebati. Bancuhan jangan terlalu cair. Bila angkat biar jatuh seketul2. tak cair sangat n x keras sangat.
  5. kalu cair sangat tambah tepung sikit. kalau pekat sangat tambah la air sikit yer.
  6. Bila dah siap bancuh. Panaskan minyak.
  7. Jemput satu2 dan goreng hingga masak.
  8. boleh hidangkan.
  9. sesuai untuk minum pagi atau pun minum petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...