Islamic Widget

Followers......

Monday, February 7, 2011

Masak Lemak Telur Cili Api

Salam semua...
ini menu kelmarin...menu lunch hari minggu emma  n en.esben ialah masak lemak telur extra pedas (cili api)... menu ni hasil nukilan bersama...hahaha....dah x tau nak masak apa dah...hari ni ubah selera sikit...masak makanan yg gunakan santan pulak...sedap jugak sbb dah lama x makan masakan ni....tapi emma kekurangan bahan...xda daun kunyit...


 Masak Lemak Telur Cili Api

Bahan-bahan
  • 4 biji telur ayam/itik (ema buat telur ayam-x mkn telur itik)
  • 450ml santan pekat
  • asam keping- 2 kpg
  • Garam dan gula secukup rasa 
  •  bawang merah - 2 biji (untuk menumis)
  • sedikit minyak - untuk menumis
  • * 3 ulas bawang merah
  • * kunyit hidup- ema guna byk (nk bagi kuning)
  • * 6 tangkai cili padi hijau (klu nak lg pedas-tambah cili lg yer)
  • ubi kentang - 2 biji (belah 4)
  • Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga

Cara-cara

  1. Blend semua bahan2 bertanda (*) 
  2. Panaskan minyak. sedikit jer tau. 2 sb.
  3. Tumiskan bawang merah yg di hiris halus hingga naik bau wangi.
  4. Masukkan santan, asam keping, bahan2 kisar, garam dan gula dalam periuk.
  5. Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi empuk yer.
  6. Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
  7. Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2
  8. Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
  9. Tutup api. Klu ada daun kunyit, hiris halus2 n taburkan kat ats masakan td.
  10. Sedia dihidangkan 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...