Nasi Goreng Biasa
RESEPI NASI GORENG
Bahan-bahan
- 2 cawan nasi
- 1 biji telur
- 1 biji bwg besar (potong dadu)
- 2 biji bawang putih (ditumbuk)
- 3 biji bawang merah (ditumbuk)
- segenggam ikan bilis ( separuh ditumbuk bersama bawang & separuh lg di goreng dahulu dan ketepikan)
- 6 tangkai cili padi (potong kecil2-boleh jg ditumbuk bersama bawang)
- Garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng nasi
- Gaulkan nasi dgn garam terlebih dahulu. Agak2 la jgn masin sgt. Atau boleh masukkan garam dalam gorengan nasi nnt. ikut suka.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dahulu. Angkat dan ketepikan.
- Kmdn, masukkan bahan yg d tumbuk tadi kedalam minyak panas tadi. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
- Then, pecahkan telur dalam kuali n kacau2. masukkan cili padi n kacau lg. Kalau x gaul garam dgn nasi lg, boleh letak garam masa ni n kacau biar sebati.
- Kmdn. barulah masukkan nasi. Kacau rata biar sebati dgn semua bahan ya.Kmdn, masukkan ikan bilis yg telah digoeng tadi. kacau rata. Ema suka masak biar nasi tu garing sedikit. Gunakan api yg perlahan. Bila dh masak dan rasa pn dh ok tutuplah api. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda ataupun makan macam tu jer.
- SELAMAT MENCUBA...
ni lah rupa ayam masak stim ema...bau harum jer bila buka tudung kukus ni... |
ayam yg sdg d stim |
RESEPI AYAM STIM BLACK PEPPER
Bahan-bahan
- *4 ketul ayam - di buang tulang -digaul dgn sedikit garam
- *2 sb sos tiram
- *2 sb sos kicap pedas
- *2 sb kicap manis
- *10-15 biji lada hitam - ditumbuk halus
- 2 cm halia - hiris nipis
- 2 helai daun limau purut - gunting kecil2
- 5 biji cili padi
- 5 batang kacang buncis -dipotong 2- ema letak bawah ayam- mixed dgn sayur ape pn xpe
- Satukan semua bahan yg bertanda * . Gaul rata. Perap ayam dalam 1 jam.
- Kmdn, dlm bekas lain, (ema gn mangkuk di atas) susun kacang buncis dalam mangkuk. Kmdn letakkan ayam di atas kacang tersebut.
- kmdn, masukkan kesemua bahan untuk tabur atas spt halia, daun limau, cili padi dn boleh juga letak sayuran lain yg anda suka.
- Panaskan air kukusan sehingga mendidih. kmdn masukkan ayam td dlm periuk pengukus. Masak dengn api sederhana selama 30 minit.
- Bila ayam dh masak. Tutup api n hidangkan bersama nasi goreng atau nasi putih.