Islamic Widget

Followers......

Tuesday, December 13, 2011

SAMBAL TOMATO AYAM

Salam semua....actually menu ni yg lunch ema ntah hari apa tp br nak update...maaflah kerana kemalasanku telah melanda....kakakakakah....apapun jom lah tengok resipi dulu....tp sedap gak masak macam ni...masam2 sikit...ala2 ayam masak merah rupa dia....HAHAHA....masuk bakul angkat sendiri nih....



RESEPI SAMBAL TOMATO AYAM

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg telah d potong - goreng dulu dgn garam n kunyit
  •  1 biji tomato- dipotong dadu
  • 2 sb pati santan
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air panas utk kuah
  • minyak utk menumis
 bahan tumis :-
  • 1 biji bwg putih -hiris halus
  • 2 biji bwg merah -hiris halus
  • 1/2 biji bwg besar - hiris besar
  • 2 inchi halia-hiris nipis
bahan kisar halus :-
  • *2 bj bawang putih -di kisar
  • *5 bj bawang merah-dikisar
  • *1/2 biji bawang besar-dikisar
  • *4 sb cili kering yg dikisar (ema dh siap kisar byk2)

Cara-cara :-
  1. Goreng ayam dulu n ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis semua bahan2 tumis sehingga naik bau n kekuningan. 
  3. Kmdn, masukkan bahan2 yg telah di kisar halus. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih n pecah minyak. 
  4. Kmdn masukkan hirisan tomato dan kacau rata. Bila dah sebati masukkan sedikit air panas sebagai kuah. Kacau lagi biar sekata.
  5. Kmdn masukkan ayam yg telah di goreng tadi. kacau biar sebati dgn kuah. Masak dgn api yg perlahan.
  6. Kmdn, masukkan pati santan, garam n gula. Ayam dh masin. Hati2 letak garam. Perasakan ikut citarasa masing-masing. Kacau rata. Masak sehingga kuah pekat dan sebati dgn ayam. Biar ada kuah sikit2. Tutup api.
  7. Angkat dn hidangkan. Makan dgn nasi putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...