Islamic Widget

Followers......

Monday, December 12, 2011

ROTI TELUR SPECIAL

salam...menu ni adalah untuk minum petang ema n hubby...cedok kat dapur Cik Mat kita....jom tengok resipi.... tima kasih Cik Mat Gebu yer....memang sodap resepi nih....mintak izin CnP ye....





 RESEPI ROTI TELUR SPECIAL
Sumber :- Dapur Tanpa Sempadan (Mat Gebu)




 BAHAN-BAHANNYA
2 keping roti whole wheat (mat beli jenis roti pound dan hiris 1 inci tebal) -ema pn sama
2 biji telur
2 camca besar susu segar
2 sudu besar isi ayam yg di cincang halus (yang ni ema tambah)
2 batang jejari ketam, hiris halus ( ema ganti dengan 2 btg sosej ayam)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil (ema gn bwg bsr biasa jer)
3 pokok kuchai, hiris halus
Secubit garam
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
Minyak zaitun untuk menggoreng (ema guna minyak bunga matahari)
Sos pilihan (mat guna sos seribu pulau @ thousand island) ( ema letak sos cili jg)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos seribu pulau dan roti. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Alih bancuhan telur tadi dalam bekas besar sedikit.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak zaitun dalam non-stick pan. Ambil 1 keping roti, celop ke dua2 bahagian roti tadi dalam telur, letak dalam pan. Ceduk sebahagian 1/2 bahagian bahan dalam telur tadi dan letak atas roti, ratakan. Bila bahagian bawah kelihatan garing, berhati2 terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi garing, angkat dan toskan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki roti dan bancuhan telur tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...hidangkan panas....Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...